- Adventure •
- Comedy •
- Romance
Anak Mak
Iman, seorang anak lelaki yang taat, sentiasa meletakkan ibunya sebagai keutamaan. Setiap kali bercinta, Iman pasti akan membawa pasangannya bertemu dengan ibunya untuk mendapat restu. Ibunya sangat berkenan dengan Syuhadah yang baik budi pekerti. Dia mendesak Iman untuk dijodohkan dengan Syuhadah, sedangkan Iman sedang hangat bercinta dengan pilihan hatinya sendiri, Athirah. Iman dan Athirah merancang untuk bercuti bersama di London secara rahsia namun apabila diketahui, ibu Iman pula dengan gembiranya ingin menemani Iman. Dalam dilema antara tanggungjawab sebagai anak dan cintanya terhadap Athirah, Iman terperangkap konflik yang menguji hati, prinsip dan kasih sayang sejati. Mampukah Iman membahagiakan semua pihak, atau pengorbanannya bakal memusnahkan cintanya sendiri?